Thursday, December 4, 2008
28 November 2008
Akhirnya
tiba saat perpisahan diriku dengan ayah dan mama..
Pada 28 November,bangun awal di kala pagi..
Ingin meluangkan masa sebanyak mungkin untuk bersama
Tapi kita merancang Allah yang menentukan..
masa bersama amat sedikit dirasakan..
Itu pun elak mandi petang..Hari ini mandi sekali je..
nnti tak dapat nak spend masa dengan mereka :)
As time goes by,xsedar pn dah nak asar..
Memang terasa sayu ketika ini.
Tapi control yang teramat.I guess it's more for my sibblings..
Sambil melayan tetamu yang datang,
saya cuba yang terbaik untuk meringankan beban mama..
Detik2 terakhir telah tiba..azan isya' berkumandang..
Solat isya' saya tunaikan di masjid kerna rumah terlampau penuh dengan manusia..
Ahli kariah masjid smpt membuat doa ringkas untuk mama dan ayah selepas itu..
Pulang ke rumah, lina bergegas mengemas rumah..
Nnti takut tak sempat utk ikut..
Semasa membasuh pinggan yang ada, achik memanggil..
"Lina..cepat mama dh nak pegi tu.Kamu takkan tinggal ye"
Memang betul, saya memang terasa diri ini kemungkinan besar tak akan dibawa.
Yelah..keluarga belah ayah lebih penting untuk ikut.
Sepanjang hidup, itulah yang terjadi..
Berlari ke hadapan,
mereka berkumpul utk mendoakan ayah dan bonda utk kali terakhir sebelum berangkat..
Setelah semua siap, kami masuk ke Naza.
Dimulai dengan basmallah, kami berangkat ke tabung haji.
Alhamdullillah urusan haji amat mudah sekali
Ayah dan mama check-in dengan pantas.
Pelik ye,kami adik beradik tiada sorang pn yang menitiskan air mata.
Mungkin kerna kami dibesarkan bahawa air mata bukan pnyelesaian.
kami pulang dalam keadaan sunyi.
Setiba di rumah, kami bersiap untuk mengemas rumah yang agak hectic.
Setelah siap mengemas rumah, saya menerima sms dari mama.
Mohon kemaafan dan halalkan makan dan minum dari mama amat menyedihkan hati ini.
Terdiam sebentar.Sebak dalam diri timbul serta merta.
Mana mungkin ada salah dari insan yang amat kusayangi..
Hari ini saya akhiri dengan doa..
" Ya Allah, Kau lindungilah dua insan yang amat kusayangi yang menjadi tetamuMu.
Kau berkatilah mereka,kurniakanlah mereka haji mabrur. Selamatkanlah perjalanan pergi dan balik mereka "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment