Thursday, December 4, 2008

28 November 2008















Akhirnya
tiba saat perpisahan diriku dengan ayah dan mama..
Pada 28 November,bangun awal di kala pagi..
Ingin meluangkan masa sebanyak mungkin untuk bersama
Tapi kita merancang Allah yang menentukan..
masa bersama amat sedikit dirasakan..
Itu pun elak mandi petang..Hari ini mandi sekali je..
nnti tak dapat nak spend masa dengan mereka :)
As time goes by,xsedar pn dah nak asar..
Memang terasa sayu ketika ini.
Tapi control yang teramat.I guess it's more for my sibblings..
Sambil melayan tetamu yang datang,
saya cuba yang terbaik untuk meringankan beban mama..
Detik2 terakhir telah tiba..azan isya' berkumandang..
Solat isya' saya tunaikan di masjid kerna rumah terlampau penuh dengan manusia..
Ahli kariah masjid smpt membuat doa ringkas untuk mama dan ayah selepas itu..
Pulang ke rumah, lina bergegas mengemas rumah..
Nnti takut tak sempat utk ikut..
Semasa membasuh pinggan yang ada, achik memanggil..
"Lina..cepat mama dh nak pegi tu.Kamu takkan tinggal ye"
Memang betul, saya memang terasa diri ini kemungkinan besar tak akan dibawa.
Yelah..keluarga belah ayah lebih penting untuk ikut.
Sepanjang hidup, itulah yang terjadi..
Berlari ke hadapan,
mereka berkumpul utk mendoakan ayah dan bonda utk kali terakhir sebelum berangkat..
Setelah semua siap, kami masuk ke Naza.
Dimulai dengan basmallah, kami berangkat ke tabung haji.
Alhamdullillah urusan haji amat mudah sekali
Ayah dan mama check-in dengan pantas.
Pelik ye,kami adik beradik tiada sorang pn yang menitiskan air mata.
Mungkin kerna kami dibesarkan bahawa air mata bukan pnyelesaian.
kami pulang dalam keadaan sunyi.
Setiba di rumah, kami bersiap untuk mengemas rumah yang agak hectic.
Setelah siap mengemas rumah, saya menerima sms dari mama.
Mohon kemaafan dan halalkan makan dan minum dari mama amat menyedihkan hati ini.
Terdiam sebentar.Sebak dalam diri timbul serta merta.
Mana mungkin ada salah dari insan yang amat kusayangi..
Hari ini saya akhiri dengan doa..
" Ya Allah, Kau lindungilah dua insan yang amat kusayangi yang menjadi tetamuMu.
Kau berkatilah mereka,kurniakanlah mereka haji mabrur. Selamatkanlah perjalanan pergi dan balik mereka "

Monday, November 24, 2008

As it Goes Nearer..

Unbelievable but it seems just like yesterday that my parents told me that they're going for
Haji in 2 months..
Now it is just 2 days away that my parent is going..
Don't know why but it seems like it is still a dream..
I've so much afraid that i would wake up and realize my parents are already gone to Mekah.
Hope it wont happen like that.
Wish that i have more time to spend with you before departure.
Anyway will spend these last day, returning home early..That's a promise..

Well not much to say them..just..
"Smg pergi and balik ye ayah dan mama..Doa lina smg mama and ayah selamat pergi dan
pulang serta mendapat haji mabrur..Jangan lupa doakan kami di sini"

Don't know why but i seems to lose idea to write here :(

Tuesday, October 7, 2008

Perbincangan pada 7 Oktober 2008...

"ada banyak lagi gerakan dn jemaah yang menegakkan agama Allah mengikut al-Quran dan sunnah nabi S.A.W.."

Selalu tertanya kenapa situasi di atas timbul..
Mana satu jemaah yang betul?
apa kayu pengukur ye?
Dengan rasa rendah diri, menjemput sahabat-sahabat utk mengulas..
Smoga dengan jalan ini pintu hidayah akan lebih terbuka utk kita..
Insya Allah...

Sunday, October 5, 2008

Pengalaman Kerja di Raya ke-3

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya tiba sudah Syawal.
Syawal sbnarnya di sambut atas satu keraian menghadapi bulan Ramadhan.
Tapi ramai je umat Islam yang seronok menyambut raya melebihi ramadhan.
Tahun ini sekali lagi diri ini tak bercuti untuk menyambut hari raya.
Sedih lagi terasa tahun ini sebab raya ke-3 dah kena masuk bank.
Tapi mencuba sedaya upaya untuk membetulkan niat.
Diriku bekerja kerna Ilahi, mencari rezeki untuk menampung kehidupan ke alam yang kekal abadi..
Bila datang kerja, agak terawal sebab dah biasa masuk pukul 8.30.
Padahal bila dh raya masuk kerja pukul 9-00.
Mula-mula tu ok lagi. Bereskan kerja tertangguh sehari sebelum raya.
tapi bila rakan sekerja dah masuk, agak tertekan la..
sebab yang datang adalah yang berpeluang cuti sebelum raya.
So, keluhan disebabkan terlampau banyak kerja pending kedengaran..
Setahu saya la, kerja pending ada sebab.Bukan sengaja ditinggalkan.
So satu hari la, operasi mengadu pada bos bermula.
Tak de langsung sikap memahami antara satu sama lain.
Tak de langsung nk berbaik sangka.
Memang tak diamalkan langsung ayat surah As-saf dr Al-Qur'an.
Kita ni kan dalam satu agama, patut ye tolong-menolong.
Ni dok berungut je lebih..Memang patut la Melayu dok di tempat yang sama.
Tu company yang memang semua org Melayu, sedih betul.
Tulis blog ni utk mengingatkan diri akan ayat surah As-Saf tu.
Takut jadi macam diaorg..

Ya allah,
Berikan la kekuatan kepada hamba Mu ini.
Jangan la Engkau biarkan diriku terleka dengan duniaMu yang sementara ini.
Sedarkan diriku tatkala aku terleka.
Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku mengadu nasib.

Friday, September 19, 2008

Bulan September

Salam..
Disebabkan bulan September adalah bulan puasa..
Blog ini direhatkan dari sebarang penulisan.
Bukan tak de masa, tapi tahap kemalasan nk membuka laptop agak tinggi.
Segala peristiwa akan dituliskan selepas hari raya.
Harap maklum
Semoga kita dapat bersama2 mengejar kerahmatan malam lailatul qadar.

Sunday, August 24, 2008

Walimah Abg halim & Kak Nina..

Bila dah nak dekat cuti sekolah ni, makin banyak la kenduri kahwin diadakan..
Ni walimah officemate ku..
Dua2 satu department..
Ingat lg mcm ne pening bos hari diaorg annouce diaorg nk kawin..
Tp lina dh tau lama dh..
Tak nyah kot cite part tu..
Nk cite masa hari tu..Best sangat, i'lah akan diingati sampai bila2..
Nak bertolak ke Muar, of course g hari sabtu..
Dijadikan cite, hphone kn block hr khamis tu lagi..
agak bengang la gak..so niat ye nk bayar bil dulu before bertolak..
On the way nk g, ayah suruh pegi sekolah adik dulu..
"Breakfast je kat sini, byk mknan ni.."
Tulah word ayah..tapi tak suka sbb xmasuk plan..
pegi la gak sbb xnk langgar cakap ayah kan..
last2 klu dah pegi sana confirm la lama..
Dulu pernah mengajar kat situ, so ramai la student kenal..
Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..
seronok jadi guru ni..
walaupun dulu rasa tak minat, bila dah try nak lagi rasanya..
Agak2 dah nak kat sejam kat situ baru dapat lari nak pegi bayar bil..
Masa tu kak zura dah call.terpaksa la explain kat dia..
Oh ye, kak zura la reason catatan ni ditulis..
One great person..tak rugi kenal dia..
kan best kalau kenal akak ni, awal2..
I'lah tak buat benda2 nakal sebelum ni..
K, berbalik pada cite hari tu..
tarikh dia 9/8/08
tarikh sedih hr ni..
xde mood nk buat apa2 sgt..
janji ngan kak zura pkl 11, last2 pkl 12 jadi ye..
cian dia..nasib la baik dia g umah akk2 dia..
so, xsedar masa berlalu..
bila dh finally time nk g, kami pun brtolak naik Myvi merah kak zura..
best gak naik ngan dia..wpun agak slow kan..hehe..
dia jenis berhati2..
sampai2 je kat muar, g stesen bas dulu..
nk cari tiket balik KL esok..
mmg Allah nk uji, tiket semua abis..
mula la panik..
start call abg john nk cr ride home..
tp keta dia penuh dh..
then call kak aziah..
tp dia ada lencongan lain dulu, so mybe agak lewat la..
last2 give up..
kata ngan kak zura, jom la kita balik dulu..
smpi umah akk kak zura, mkn tgh dulu..
best betul kak oya masak..
tp nk tambah segan..:)
ptg tu kak zura bw mkn mee bandung dan rojak petis..
rs mknan tu mmg sedap tp dok risau tak leh balik
xde selera nk mkn..
last2 call kak ruby kt lina tak dapt nk balik..
cian kak rubby..
gelabah dia sbb nnti kat tmpt keja tinggal 2 org je..
penat tu isnin klu xde org..
tp dia relakan gak sbb dh usahakan..
balik umah lega la gak
tp serba salah..
call la abg yus nk balik dr segamat..
dia kt nnti dia crkan..
mcm kak zura yg confident ada bas kat muar,
dia pn confident ada bas kat segamat
mlm tu br la start rs nk enjoy..
sbb rs dpt gak balik ke KL esok
tp harapan tinggal harapan..
segamat pn xde tiket...
smpi ckp kat kak zura..
"akk, nape bas johor smua tak de tiket ni?"
kak zura kata balik je isnin..
xpe, kak rubby dh bg green light
then kak aziah call..
dia kata la plan dia..
mmg lps dgr tu lega la..
"akk g kluang dulu then br ambik awk utk balik KL"
akhirnya dpt la gak balik KL..
ahad tu kak zura drop kan lina kat exit jasin..
dia mmg byk lina susahkan waktu tu..
tp dia sabar je..
mmg pengalaman yg best..
klu la abg halim tau betapa try gak usaha nk g walimah dia
mesti dia terperanjat..
tp tulis catatan ni bukan utk dia..
mainly for kak zura..
dia dh byk tlg lina waktu tu..
smpi skrg masih lg tolong lina..
hope our friendship will last forever..
sayang akk..

Saturday, August 9, 2008

9 Ogos...














Pada tarikh yang sama tahun 2004 ,
saya telah kehilangan orang paling penting dalam hidup saya.
Datuk Dr Hj Abas Hj Alias...
Itulah arwah atuk saya.
Atuk saya meninggal ketika saya memerlukan sokongan darinya.
Terkenang lagi saat ketika hampir detik saya diuji Ilahi ketika itu.
Saya baru sebulan melangkah ke dunia ijazah sarjana muda.
Arwah atuk memang sudah agak uzur untuk ke mana-mana.
Oleh itu, saya cuba menziarah atuk setiap minggu.
bukan kerna melawat, tetapi mengharapkan semangat darinya.
Ketika itu, saya mendapat tempat di universiti yang seolah-olah membenci
kehadiran jemaah kampus.
Bagi yang mengenali, mungkin tak tertanya.
Tapi atuk merupakan pejuang dalam dunia jemaah Islam.
Ramai yang berpandangan, atuk makin senyap di hujung usia.
Hakikatnya, hanya Allah yang tahu.
Tak perlu rasanya saya mencoretkan di sini.
Bila melihat pergolakan politik antara Pas dan Umno.
Sedekah Al-Fatihah untuk arwah atuk sentiasa diingati untuk diberi.
Apa tak nya, sedih melihat apa yang terjadi sekarang.
Memori dengan atuk sentiasa terkenang.
ketika itu,saya baru nak mengenali politik Pas dan Umno
Ianya bermula bila saya sedang menonton tv.
Soalan diaju oleh saya " Atuk, mana yang baik ni atuk?Umno atau Pas?"
Walaupun merupakan mantan pemimpin atuk memberi jawapan yang tidak
berbelah bagi.
"Lina kena adili sendiri.Sekarang atuk boleh kata Pas. Tp nnti bila lina besar
atuk tak de, atuk tak tau apa dah jadi."
"Macam ne nk adili tu?"
"Tgk dasar parti tu. Apa yang dia perjuangkan. Kita nak apa yang paling penting dalam
hidup kita.Atuk dah ajar dah kan?"
" Ye..atuk kata apa-apa pun jadi Islam jangan dilupakan. "
Melihat keadaan Pas sekarang, saya dapat mengagak kenapa atuk dipanggil Ilahi terlebih
dahulu.Jika atuk masih ada, tentu nya tak senang duduk dia di rumah.
Mungkin di kala lain akan saya coretkan kenangan dan apa yang di ajar oleh arwah atuk.
Semoga Allah menempatkan atuk di kalangan orang beriman.
Al-fatihah disedekahkan untuk insan yang paling bermakna dalam hidupku.
Wsalam