Wednesday, January 28, 2009

Peristiwa terjadinya Family day Yang Menarik

25 Januari 2009..
Tarikh ini merupakan
detik sejarah bagi ahli
keluarga Othman Abd Ghani.
Ini kerana pada tarikh ini,
keluarga Othman telah berkumpul di Taman Cahaya Sri Alam
atau lebih dikenali dengan Bukit Cerakah.
Di dalam 'post' ini, saya tak nak menerangkan aktiviti yang berlaku.
Tapi hendak berkongsi pengalaman dengan yang lain mengenai initial bagaimana
AJK yang tinggal tercetus idea untuk menjalankan program itu.
Pada tanggal 9 Januari 2009, ayahanda dan bonda selamat tiba dari Madinah.
Ketika kami berkumpul,
saya,nadiah dan aleen telah bercadang untuk mengumpulkan ajk keluarga di rumah Mak Ngah melihat kemeriahan kami sekeluarga berkumpul bersama.
Seperti yang dirancang pada 15 Januari 2009, kami berempat berkumpul. AJK lain tidak dapat bersama atas kesibukan tugasan harian.
Alhamdulillah selepas isya' sekitar pukul 10.00 malam,kami memulakan perancangan kami.
Perancangan kami agak mudah kerna kami sudah mengetahui anggaran tarikh yang hendak ditetapkan.
Tempat yang menjadi cadangan pula hanyalah di kampung atau sekitar Kuala Lumpur.
Mungkin juga yang berkumpul hanya 4 orang dari bidang berbeza.
Ada yang kreatif,( tentunya Aleen ) , ada yang hebat tentang faktor lokasi ( tentunya Nadia), ada yang mementingkan aspek kesihatan ( tentunya arif). Seperti biasa faktor kewangan tentunya di bahu penulis ini. Tapi akhirnya kami bekerjasama gak. Masing-masing menyumbang tapi sayalah penyumbang paling sikit.hehe...
Setelah mengambil kira masa yang agak suntuk,kami membuat keputusan untuk membuat program sehari selepas kenduri masuk umah Pak Busu.
Ini juga bagi memudahkan perancangan kami.
Dengan berbekalkan niat untuk memberi keseronokan pada semua ahli.
Kami memulakan perancangan seterusnya.
Tempat ditetapkan untuk diadakan di Bukit Cerakah berserta dengan 25Januari 2009 sebagai tarikhnya. Aktiviti yang dirancang amat mudah kerana kami hanya inginkan suasana di mana
keluarga kami berkumpul bersama. Maka aktivitinya adalah...
sarapan pagi, treasure hunt dan makan tengahari.
Tak percaya kan?
3 aktiviti sahaja boleh membuat orang begitu terharu hingga kini.
Hehe...
Di samping itu, kami bahagikan juga siapa yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan setiap ahli keluarga yang hadir. ( buat gimik je, bahagikan siapa kena bagi tau siapa je pasal program)
Setelah dibahagikan sama rata dan badan pun dah keletihan ,
kami akhiri perbincangan kami di rumah Mak Ngah pada pukul12.mlm.
Dengan bertukar alamat email, kami sambung perbincangan di alam siber iaitu melalui email.
Perbincangan di email banyak berkisar kepada ahli kumpulan, warna bagi setiap kumpulan, makanan yang disponsor dan perkembangan terkini.
Seminggu itu, adalah orang kena marah dengan supervisor dan kena OT sebab dok chatting di email.
Tapi tetap rasa ianya berbaloi..
18 Januari,
kami berempat berpakat untuk survey tempat.
Tepat jam 9.00 pagi, kami berkumpul dan sarapan di salah satu restoran berdekatan Bukit Cerakah.
Ini bertujuan bagi membuat tempahan makanan.Nak tempah mesti nak rasa dulu kan..
Lepas tu kami survey tempat.
Kalau ada orang yang kata AJK best la naik kereta tu, ketahuilah kami dah jalan kaki dulu.
Masa pergi je naik bas,turun jalan kaki sepenuhnya.
Siap redah hutan belantara lagi.Sampai kaki nadiah sakit la..
Dari rumah 4 musim, kami berjalan hingga ke taman padi.
Tak berhenti kat situ je, kami redah lak hutan kat chamar rimba.Sebab nak survey tempat makan.
Siap nampak ikan pari la..Ada orang lain jumpa ikan pari?
Xde..
hanya AJK yang menjumpainya. Begitu baiknya kami,mengelakkan ahli keluarga dari menjumpai benda2 berbahaya.hehe..
Tapi tak de pulak Aleen ambik gambar.
Perjalanan kami ketika survey akan diceritakan melalui gambar.
"The picture says it all"
Ok, maaf salah silap..Selamat membaca..
Untuk perjalanan semasa aktiviti, kena tunggu gambar..
Ingat masa korang datang dah masukkan gambar dari kumpulan lain..
Tak pun, kita upload melalui blog masing-masing.
Mak ina ada gambar kumpulan biru kan?
Aleen ada kumpulan merah kan?
Gambar kumpulan kuning kat kamera siapa?
Nnti lina upload aizat punya kamera..
Tak pun kita upload dalam facebook pak long..
Beri pendapat untuk yang terbaik ye..
























4 comments:

Fadzlin said...

Betul, betul, banyak tu sumbangan ajk. Hehehe.

Tapi, saya tentunya akan rindukan kesibukan kita mengendalikan program ini. Banyak benda yang nampak dimudahkan sebab masing-masing sanggup memberikan tenaga dan kerjasama nak menjayakan program. Insya Allah lain kali kita boleh rancangkan Hari Keluarga yang lebih hebat lagi. Go AJK!

Haizir said...

Tahniah di atas kejayaan kamu semua menganjurkan Hari Keluarga. Mula-mula Pak Busu agak kesal juga kenapa tak buat program 2 hari lepas kenduri rumah Pak Busu sebab for sure lepas kenduri banyak benda tak settle (contohnya tetamu masih ada di rumah etc). Tapi, bila fikir balik, Pak Busu tak boleh pentingkan diri sendiri. Orang lain pun ada benda yang dia nak selesaikan jugak. So, takpelah. Walaubagaimanapun, kegembiraan yang orang lain semua rasa dah melimpah-limpah sampai Pak Busu yang tak pergi pun dapat rasa. So, terima kasih untuk itu. :)

Anonymous said...

CONGRATULATIONS! for a great and memorable event. Terima kasih juga pada semua yang terlibat - langsung dan tak langsung.

Achik

Anonymous said...

Yup. Setuju. Sangat menarik. Walaupun perancangan yang dibuat tidak sesibuk mana sebenarnya, kerana masing2 agak sempoi je. Dengan komitmen dan tujuan untuk menyatukan keluarga Othman, maka hasilnya sangat manis. Proud to be part of the team.

p/s: utk awak lina, even x kata saya comel, saya tetap komen. baikkan saya?hehe..