Sunday, February 28, 2010

Dugaan Yang Datang

Hari ini, sudah 3x diriku menangis di dalam hati.
Sedih yang tidak dapat digambarkan asyik singgah ke dalam diri ini.
Tapi berita yang amat menduga diri ialah mengenai achik di kelantan.
Achik telah didiagnosis dengan ketumbuhan.
Lebih memeranjatkan, doktor menjangkakan yang ketumbuhan itu mungkin kanser.
Sekali lagi, kami sekeluarga diuji dengan penyakit ini.
Kenangan bersama arwah atuk dulu masih segar di dalam ingatan.
Kini ujian bertimpa lagi.
Moga keadaan achik akan bertambah pulih selepas pembedahan.
Yang pasti sokongan kami sekeluarga bersama achik.

Teringat saya akan kata-kata bernas yang sangat saya pegang.
"Ujian itu ditimpa oleh Allah utk mengangkat darjat hambaNya"

Harap dugaan ini membuat kami dekat bersama Yang Esa..

p/s: mohon maaf atas blog yang tak seberapa.