Sunday, June 22, 2008

Bila nikmat ditarik oleh Ilahi

Semalam ingat nak buat catatan sejarah sebagai peringatan akan
pembedahan yang baru dilaksanakan.
Tanggal 19June2008,itulah tarikh diri ini dibedah untuk kali ke-2.
Pembedahan kali ini lebih bererti dari beberapa aspek.
Buat pertama kali rasa erti tawakal.
Bayangkan diri ini memang terletak pada kepakaran doktor tu.
Dalam keadaan sedar, diri ini dipotong.:)
Dramatik la pula..padahal operate gigi je.
Tapi betul la..memang rasa nikmat tawakal.
Syukur gak sebab dapat gak rasa macam tu kali ini.
Baru lebih bererti hidup ini.
Bila dah lepas operate tu, macam2 yang jadi.
Masa hari operate tu, asyik la darah keluar.
Memang dari dahulu lagi, diri ini ada kelemahan bila berdarah.
Darah tu lambat kering.
Sekarang ni diri ini kena pantang lak.
Tak leh makan makanan keras dan panas.
Sebelum ini, bila mak panggil makan je.Mesti kita akan jawab "Panas lagi la.."
Sekarang ni bila Allah tarik betul-betul nikmat makan makanan panas.
Padan muka..
Tambah lagi bila tak dapat makanan keras.
Bila dah jadi baru terasa betapa pentingnya fungsi gigiku ini.
Ketahui la tak banyak makanan yang tak keras.
Pertama, bubur nasi.Kedua roti lembut.Ketiga oat..
Banyangkan nak makan 3pilihan makanan ni selama seminggu.
Ya Allah, terima kasih kerna membuat aku melihat nikmat yang telah Engkau hamparkan.
I'llah lepas ini diri ini lebih menghargai makanan yang ada.
Lebih bererti lagi bila insaf untuk menghargai semua nikmat Ilahi.

Sunday, June 15, 2008

Betapa Indahnya Hidup Ini

Bila dah tulis tajuk..
tetiba termangu dengan lama nya..
Kenapa ye?
Nak cakap tak bersyukur, nauzubillah..
Ke memang itu kenyataan ye?
ntah..tak kot..
masih lagi berasa syukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi..
Cuma mungkin iman tak cukup kuat bila diuji..
Ujian?
Bukan ke itu tanda kasih Ilahi..
Astagfirullah..
Diri ini masih jauh dari lembayung rahmatMu..
Kenapa?
Kerna masih merasa lagi bebanan dengan ujian yang Engkau hamparkan..
Tiada lagi kesabaran yang penuh seperti di Jengka dahulu..
Harapnya tidaklah hilang sehingga tidak ada setitik kesabaran pun..
Alhamdulillah masih lagi di jalan perjuanganMu..
Angkuhkah aku?
Tak rasanya..hanya mengingatkan diri erti sebenar kehidupan ini..
Persediaan untuk menghadapi hari yang kekal nanti..
Tanda-tanda kehampiran hari itu makin jelas..
Bencana alam yang menimpa..
Kesatuan dalam umat Islam..
Tanda-tanda kecil jelas sudah..
Harapnya bila tiba detik itu,
aku masih lagi di dalam golongan orang yang beriman..
aku masih lagi dalam perjuangan..
Ya allah,
kurniakan aku kesabaran menghadapi ujianMu ini..
Aku bersyukur atas rahmatMu..
Aku bersyukur atas limpahanMu..
Kalau ada yang merasakan jelek membaca..
terpulang...
saya perlu menulis untuk diri ini..
untuk mengingatkan diri ini kerna berseorangan
tak ingin terhayut dengan ujian yang menimpa.
Hingga lupa betapa indah hidup ini..

Wednesday, June 11, 2008

Pelakon Seumur Hidup

Diri ini terpanggil untuk menulis catatan ini ekoran dari slot Oprah.
Segmen menngenai buku tentang seorang pelakon menunjukkan dirinya sebenar kepada dunia.
Setelah berjaya mengatasi ketagihan dadah,setelah berjaya menguruskan badan, dia dianggap berjaya.
Di akhir segmen, Oprah mengatakan kita semua adalah pelakon di hadapan semua orang agar diterima oleh masyarakat.
Dari segmen ada dua perkara yang saya anggap perlu diambil iktibar.
Pertama;
Apakah kayu pengukur untuk dianggap berjaya?
Kita sebagai umat Islam kita dianggap berjaya bila kita sentiasa dalam redha ilahi. So bila kita dalam redha ilahi? Mcm ne nk cakap tu?
Nak hurai tu panjang..Tapi saya ambik main point yang sentiasa kita leka..
1) Bila kita solat kita tak lengah..
Kalau betul kita dalam redha ilahi, kita akan sentiasa ingat Allah yang tak leka memberi rezeki kat kita. Yelah, bila majikan tak naik gaji bising bukan main. Tapi kalau kita solat Zuhur pukul3.30ptg, tak tau lak nak minta maaf kat Allah atas kelewatan kita tu. Kalau la Allah nak turunkan bala, Dia lewatkan gaji kita macam ne la kita agak ye kan..
2) Ukhwah tak de lagi dalam kehidupan.
Masing-masing leka dengan kejayaan dunia. Siap la tikam belakang orang.Semata-mata nk pangkat, nak naik gaji yang untuk seketika sahaja.
So macam ne?
Rasa insaf tak?
dah tak berapa ingat tapi masih teringat satu petikan sms yang penting.
Dunia ini ibarat pentas lakonan...
Manusia itulah pelakon & pengarah utamanya..
Al-Qur'an itulah skripnya..
Malaikat itulah jurugambarnya..
Islam itu jalan ceritanya..
Kiamat itulah kesudahannya penggambarannya..
Padang Masyar tempat penganugerahannya..
Rasulullah s.a.w pelakon terbaiknya..
Allah S.W.T jurinya..
syurga dan neraka itu pilihan trofinya...

Sunday, June 8, 2008

catatan pertama

tarikh hari ini akhirnya dapat menghasilkan blog saya..
terus terang kata tak suka blog ni.
tapi just nak cipta untuk berkomunikasi dengan insan yang ada blog
terutamanya faisal tehrani, haizir othman, dan insan-insan lain yang
tak dapat disenaraikan.
nanti penuh catatan ini dengan nama orang sahaja.
blog ini akan bercampur aduk dengan catatan dua bahasa.
itu sahaja untuk catatan pertama ini
semoga jari bertemu papan kekunci lagi.
semoga kita sentiasa dalam redha ilahi.