Diri ini terpanggil untuk menulis catatan ini ekoran dari slot Oprah.
Segmen menngenai buku tentang seorang pelakon menunjukkan dirinya sebenar kepada dunia.
Setelah berjaya mengatasi ketagihan dadah,setelah berjaya menguruskan badan, dia dianggap berjaya.
Di akhir segmen, Oprah mengatakan kita semua adalah pelakon di hadapan semua orang agar diterima oleh masyarakat.
Dari segmen ada dua perkara yang saya anggap perlu diambil iktibar.
Pertama;
Apakah kayu pengukur untuk dianggap berjaya?
Kita sebagai umat Islam kita dianggap berjaya bila kita sentiasa dalam redha ilahi. So bila kita dalam redha ilahi? Mcm ne nk cakap tu?
Nak hurai tu panjang..Tapi saya ambik main point yang sentiasa kita leka..
1) Bila kita solat kita tak lengah..
Kalau betul kita dalam redha ilahi, kita akan sentiasa ingat Allah yang tak leka memberi rezeki kat kita. Yelah, bila majikan tak naik gaji bising bukan main. Tapi kalau kita solat Zuhur pukul3.30ptg, tak tau lak nak minta maaf kat Allah atas kelewatan kita tu. Kalau la Allah nak turunkan bala, Dia lewatkan gaji kita macam ne la kita agak ye kan..
2) Ukhwah tak de lagi dalam kehidupan.
Masing-masing leka dengan kejayaan dunia. Siap la tikam belakang orang.Semata-mata nk pangkat, nak naik gaji yang untuk seketika sahaja.
So macam ne?
Rasa insaf tak?
dah tak berapa ingat tapi masih teringat satu petikan sms yang penting.
Dunia ini ibarat pentas lakonan...
Manusia itulah pelakon & pengarah utamanya..
Al-Qur'an itulah skripnya..
Malaikat itulah jurugambarnya..
Islam itu jalan ceritanya..
Kiamat itulah kesudahannya penggambarannya..
Padang Masyar tempat penganugerahannya..
Rasulullah s.a.w pelakon terbaiknya..
Allah S.W.T jurinya..
syurga dan neraka itu pilihan trofinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment