Saturday, July 24, 2010

Perginya insan yang disayangi

'Lina nak balik.'
'Kenapa?Sakit ke?'
'Nenek lina dah meninggal'
'Eh,bukan baru sambut birthday nenek sabtu lepas.'
'Bukan nenek itu.Ni nenek lina yang sakit kanser itu.'
'Sabar ye..'
'Lina....'
Kata-kata tak dapat diteruskan.Telefon diletakkan.
19 julai, nenek darat telah meninggalkan diri ini untuk kembali ke Ilahi.
Sepanjang perjalanan ku dari ofis,air mata berguguran.
Kesedihan tak dapat dibendung.
Orang ramai di lrt memerhati tidak dihiraukan.
'Ya Allah,tabahkan lah hati ini'

Nenek darat...
Kenangan bersamanya takkan tak sama dengan ahli keluarga terdekat tapi amat bermakna.
Dari kecil lagi, seingatku di hari raya nenek akan ajak aku tidur di rumahnya.
Tapi permintaannya tak pernah ku penuhi.
Raya terakhir, nenek berkata dengan sayu.
'tak nak kamu tidur dengan nenek'
Ku hanya tersenyum dan berkata
'tak pa,nenek tetap di hati lina'

Kali terakhir ku temui nenek adalah di rumah Kak Wati.
Nenek kelihatan begitu letih.
Kepenatan kerna sakit mungkin.
'Nenek apa khabar?'
'Macam ni la.'
'Nenek kena makan ubat ye.Baru boleh sihat,dapat jalan2 lagi'
Ketika itu ku diberitahu yang nenek kena menambahkan berat badannya untuk menjalani pembedahan seterusnya.
Sepanjang di rumah Kak Wati,nenek tak banyak berkata.
Hanya memerhati cucu-cucunya.
Bila Kak Wati menyiapkan makanan.Kami digesa makan.
Ku menolak kerna ingin menemani nenek.
Tapi nenek menolak kerna ingin ku makan.
Itu sahaja kenangan terakhir yang ku ingat.
6 bulan yang lalu rasanya,kalau tidak lebih.

Yang pasti,
kenangan yang tak mungkin ku lupakan
ialah ketika menerima dakapan nenek.
Sayangnya nenek kepada diri ini terasa melalui hangat dan rapatnya pelukan itu.
Kuatnya tak mahu melepaskan diri ini.
Walaupun ku bukan cucunya.
Layanannya tak pernah dibezakan malah kadang2 kami dilebihkan.
Begitulah sayang nenek.

Bila sahabatku bertanya,
'Boleh tunjukkan gambar nenek lina?'
'Gambar?'
Eh,lina tak pernah ada gambar nenek.
Berguguran lagi air mata.
"Ya Allah,bagaimana ingin ku balas kasih sayang insan Mu ini?."

Nenek...
Maafkan lina.Lina tak dapat jaga nenek sebagaimana nenek sayang lina.
Kasih sayang dan kenangan nenek akan lina ingat hingga ke akhir hayat.
Banyak jasa nenek kat lina.
Bila nenek tak ada baru lina nampak dan ingat.
Semoga nenek berada di kalangan orang yang beriman.
Doa itu insyaalah akan ku baca setiap kali habis solat.
Banyak lagi ingin ku coretkan.
Tapi air mata akan mengiringi tiap kali jari bermain di papan kekunci.
Cukuplah ..
Biarlah yang lain menjadi kenangan bagi diriku.

19 julai 2010

Tanggal 19 Julai 2010, telah mencatatkan titik hitam dalam sejarah hidupku.
Hari itu kehidupan ku dimulai dengan rona kehidupan normal.
Bangun pagi pada pukul 6.30 pagi,bersiap untuk mencari rezeki halal di bumi Ilahi ini.
Sesuatu kelainan hanyalah ku mimpi menemui nenek ku,Pn Jamaliah.
Sedih tapi ku tidak mengetahui namanya.
Hanya gelaran nenek darat sahaja menjadi panggilan sejak ku mengenalinya.
Mimpi yang singkat tapi tetap diingatan hingga kini.
Nenek darat memanggil dengan senyuman di bibir, terserlah kerinduan di wajahnya ketika menemui diriku.
Ya allah, wajahnya kelihatan bukan seperti mimpi.
Nenek darat menghampiri diriku.
Pada jarak tak sampai sejengkal,aku terjaga dari mimpi.
Ku sangkakan ketika itu, ia adalah mimpi yang indah.
Ketika menyiapkan diri utk ke tempat kerja, ku mengingatkan diri untuk bertanya pada ayah akan keadaan nenek.
Maklumlah lebih setengah tahun rasanya ku tidak menemui nenek.
Tapi tidak diizinkan Ilahi,
ku terlupa.
Keadaan di kerja hampir sama pada hari itu.
Selepas solat zuhur, ku lihat di telefon bimbitku ada 5 panggilan perlu dibalas.
Semunya dari mama dan afiq.
Baru hendak membalas,mama menelefon kembali.
"Assalammualaikum"..Panggilan bermula.
"Maaf mama,baru lepas solat.Kenapa ye telefon?"
"Kak long,nenek darat dah meninggal."
Terhenti tindakan tu tiba2.Innalillah..tu je kata2 yang dapat dikata dlm hati.
Diri terus terasa hiba.
"Mmm.."
"kak long kata innalillah la."
"dah"
"Kamu boleh balik ke?"
"Ayah nak balik bila?"
"Jap lagi"
"Tunggu kak long.Nak siapkan kejap,then kak long balik."
Telefon terus diletakkan.nekad di dalam hati untuk pulang.Lantaklah..EL pun tak kisah lagi.Ku perlu menemui nenek untuk kali terakhir.
Ku pergi ke teman di depan meja.memberitahu yang ku perlu pulang.
Immediate supervisor ku beritahu.
Tiba di bilik bos,ku kata 'bos,lina nak balik?'
"Eh,kenapa pulak nak balik tetiba?keja tak abis lagi."kata bosku yang suka bergurau.
Air mata terus berjurai tak dapat lagi ku tahan.
"Nenek lina dah tak de.Lina kena balik jumpa dia"
Bos membenarkan.
Ku telefon teman rapatku,memberitahu perancangan petang ini perlu dibatalkan.