Wednesday, December 23, 2009

Pengalaman ku di hospital…

Bagi yang dekat denganku, maka mereka akan tahu yang diri ini telah lama sakit.
Sejak dari bulan Ogos, aku telah diujui Ilahi satu demi satu. bulan Ramadhan tahun ini tidak dapat dihayati seperti sebelum-belumnya.
Ya Allah, ku mohon Kau pertemukan ku dengan Ramahan yang akan datang.

Pada 26 November yang lepas, aku diuji dengan sakit kepala yang teramat sangat. Jalan penyelesaian yang diberi oleh doctor ialah rujukan kepada pakar neurologist. Ini berikutan kerana sakit kepalaku ini meryupakan kali kedua yang dasyat dlm bulan November. Aku diberi mc 2 hari untuk berehat. Kerna keesokannya, aku mempunyai appointment rumotologist,aku menangguhkan berjumpa pakar neuro. Semasa appointment, ku tujukkan kpd Prof Amir reference letter untuk neuro. Dia menasihatiku untuk berehat, kurangkan kafein, banyakkan air masak dan tidak stress. Ini kerana dia menjangka, ianya ekoran dari stress.
Isnin ku gagahkan diri ke tempat kerja.

Rupanya, itulah detik yang menyebabkan aku semakin kritikal. Oleh kerana rakan sekerja akan bercuti selama 2 hari, aku terpaksa merempuh jua rutin untuk hari keesokannya.
Hari rabu, aku dirujuk ke klinik ENT. Doktor memberi ubat yang dijangka akan mengurangkan. peningku. Dr Rekha suspek telinga ku tidak ‘balance’ yang boleh menyebabkan aku sakit kepala. Ubat diambil mengikut masa, walaupun tidak menyukainya. Hari Khamis, telinga kananku mengalami kepekakan. Memang aku tidak dapat menggunakannya langsung. Kusangkakan kerna effect ubat.

Jumaat aku pergi sekali lagi ke klinik ENT. Audio test dijalankan. Pemeriksaan selanjutnya dibuat. Dr Rekha mula menulis dengan panjang lebar di dalam fail pesakitku.
“lina, I think it is best for you to be admitted to the hospital”.

Terdiam diri ini sebentar.

Tarbiyah dari Ilahi

Pelbagai ujian yang Allah lampirkan sejak bulan Ogos untuk diriku.
Namun ku tetap leka.
Kini berada di katil hospital, satu persatu mula ku teringat di kala ku berasa diriku begitu takut dengan Yang Maha Esa.

Antara aktiviti yang telah makin kulupakan dan perlu kuingati dan amalkan semula :-
1) Solat sunat subuh
2) membaca mathurat selepas subuh
3) membaca buku agama sekurangnya 2 bulan satu buku
4) Mengurangkan perbuatan melalaikan
5) Membaca tafsir selepas solat. Sekurang-kurangnya selepas maghrib dan isya’
6) Merenung aktiviti seharian yang telah ku lakukan sebelum tidur
7) Meluangkan masa bersama keluarga.


Hikmah yang Allah lampirkan:-
a) siapa sebenarnya yang sanggup datang menjengahku
b) jauhnya diriku dari yang Esa
c) achik dtg membawa buah dan Tupperware untukku.(lama nk cari Tupperware untuk bawa ke
ofis.hehe…
d) masih ada yang lebih kuat ujiannya dari diriku.
e) Bergunanya tangan kiriku. Tangan kiri dimasuki drip.
f) Lama sungguh tak membaca buku.
g) Jangan leka dlm perbualan sehariannya.
h) Allah menunaikan permintaan ku utk masuk air