Wednesday, December 23, 2009

Pengalaman ku di hospital…

Bagi yang dekat denganku, maka mereka akan tahu yang diri ini telah lama sakit.
Sejak dari bulan Ogos, aku telah diujui Ilahi satu demi satu. bulan Ramadhan tahun ini tidak dapat dihayati seperti sebelum-belumnya.
Ya Allah, ku mohon Kau pertemukan ku dengan Ramahan yang akan datang.

Pada 26 November yang lepas, aku diuji dengan sakit kepala yang teramat sangat. Jalan penyelesaian yang diberi oleh doctor ialah rujukan kepada pakar neurologist. Ini berikutan kerana sakit kepalaku ini meryupakan kali kedua yang dasyat dlm bulan November. Aku diberi mc 2 hari untuk berehat. Kerna keesokannya, aku mempunyai appointment rumotologist,aku menangguhkan berjumpa pakar neuro. Semasa appointment, ku tujukkan kpd Prof Amir reference letter untuk neuro. Dia menasihatiku untuk berehat, kurangkan kafein, banyakkan air masak dan tidak stress. Ini kerana dia menjangka, ianya ekoran dari stress.
Isnin ku gagahkan diri ke tempat kerja.

Rupanya, itulah detik yang menyebabkan aku semakin kritikal. Oleh kerana rakan sekerja akan bercuti selama 2 hari, aku terpaksa merempuh jua rutin untuk hari keesokannya.
Hari rabu, aku dirujuk ke klinik ENT. Doktor memberi ubat yang dijangka akan mengurangkan. peningku. Dr Rekha suspek telinga ku tidak ‘balance’ yang boleh menyebabkan aku sakit kepala. Ubat diambil mengikut masa, walaupun tidak menyukainya. Hari Khamis, telinga kananku mengalami kepekakan. Memang aku tidak dapat menggunakannya langsung. Kusangkakan kerna effect ubat.

Jumaat aku pergi sekali lagi ke klinik ENT. Audio test dijalankan. Pemeriksaan selanjutnya dibuat. Dr Rekha mula menulis dengan panjang lebar di dalam fail pesakitku.
“lina, I think it is best for you to be admitted to the hospital”.

Terdiam diri ini sebentar.

4 comments:

Haizir said...

Lina, semoga kuat dan sabar ya.

Fadzlin said...

Lina, saya doakan awak cepat sihat insya-Allah. Nanti kita plan family day bersama ye? *hugs*

Alin.

Lina... said...

alin,plan family day bl xde wedding in that year la..cian parent2 kt..

Fadzlin said...

Ooo kira sapa nak buat wedding kena announce awal-awal lah. Heheh.