Sunday, August 24, 2008

Walimah Abg halim & Kak Nina..

Bila dah nak dekat cuti sekolah ni, makin banyak la kenduri kahwin diadakan..
Ni walimah officemate ku..
Dua2 satu department..
Ingat lg mcm ne pening bos hari diaorg annouce diaorg nk kawin..
Tp lina dh tau lama dh..
Tak nyah kot cite part tu..
Nk cite masa hari tu..Best sangat, i'lah akan diingati sampai bila2..
Nak bertolak ke Muar, of course g hari sabtu..
Dijadikan cite, hphone kn block hr khamis tu lagi..
agak bengang la gak..so niat ye nk bayar bil dulu before bertolak..
On the way nk g, ayah suruh pegi sekolah adik dulu..
"Breakfast je kat sini, byk mknan ni.."
Tulah word ayah..tapi tak suka sbb xmasuk plan..
pegi la gak sbb xnk langgar cakap ayah kan..
last2 klu dah pegi sana confirm la lama..
Dulu pernah mengajar kat situ, so ramai la student kenal..
Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..
seronok jadi guru ni..
walaupun dulu rasa tak minat, bila dah try nak lagi rasanya..
Agak2 dah nak kat sejam kat situ baru dapat lari nak pegi bayar bil..
Masa tu kak zura dah call.terpaksa la explain kat dia..
Oh ye, kak zura la reason catatan ni ditulis..
One great person..tak rugi kenal dia..
kan best kalau kenal akak ni, awal2..
I'lah tak buat benda2 nakal sebelum ni..
K, berbalik pada cite hari tu..
tarikh dia 9/8/08
tarikh sedih hr ni..
xde mood nk buat apa2 sgt..
janji ngan kak zura pkl 11, last2 pkl 12 jadi ye..
cian dia..nasib la baik dia g umah akk2 dia..
so, xsedar masa berlalu..
bila dh finally time nk g, kami pun brtolak naik Myvi merah kak zura..
best gak naik ngan dia..wpun agak slow kan..hehe..
dia jenis berhati2..
sampai2 je kat muar, g stesen bas dulu..
nk cari tiket balik KL esok..
mmg Allah nk uji, tiket semua abis..
mula la panik..
start call abg john nk cr ride home..
tp keta dia penuh dh..
then call kak aziah..
tp dia ada lencongan lain dulu, so mybe agak lewat la..
last2 give up..
kata ngan kak zura, jom la kita balik dulu..
smpi umah akk kak zura, mkn tgh dulu..
best betul kak oya masak..
tp nk tambah segan..:)
ptg tu kak zura bw mkn mee bandung dan rojak petis..
rs mknan tu mmg sedap tp dok risau tak leh balik
xde selera nk mkn..
last2 call kak ruby kt lina tak dapt nk balik..
cian kak rubby..
gelabah dia sbb nnti kat tmpt keja tinggal 2 org je..
penat tu isnin klu xde org..
tp dia relakan gak sbb dh usahakan..
balik umah lega la gak
tp serba salah..
call la abg yus nk balik dr segamat..
dia kt nnti dia crkan..
mcm kak zura yg confident ada bas kat muar,
dia pn confident ada bas kat segamat
mlm tu br la start rs nk enjoy..
sbb rs dpt gak balik ke KL esok
tp harapan tinggal harapan..
segamat pn xde tiket...
smpi ckp kat kak zura..
"akk, nape bas johor smua tak de tiket ni?"
kak zura kata balik je isnin..
xpe, kak rubby dh bg green light
then kak aziah call..
dia kata la plan dia..
mmg lps dgr tu lega la..
"akk g kluang dulu then br ambik awk utk balik KL"
akhirnya dpt la gak balik KL..
ahad tu kak zura drop kan lina kat exit jasin..
dia mmg byk lina susahkan waktu tu..
tp dia sabar je..
mmg pengalaman yg best..
klu la abg halim tau betapa try gak usaha nk g walimah dia
mesti dia terperanjat..
tp tulis catatan ni bukan utk dia..
mainly for kak zura..
dia dh byk tlg lina waktu tu..
smpi skrg masih lg tolong lina..
hope our friendship will last forever..
sayang akk..

Saturday, August 9, 2008

9 Ogos...














Pada tarikh yang sama tahun 2004 ,
saya telah kehilangan orang paling penting dalam hidup saya.
Datuk Dr Hj Abas Hj Alias...
Itulah arwah atuk saya.
Atuk saya meninggal ketika saya memerlukan sokongan darinya.
Terkenang lagi saat ketika hampir detik saya diuji Ilahi ketika itu.
Saya baru sebulan melangkah ke dunia ijazah sarjana muda.
Arwah atuk memang sudah agak uzur untuk ke mana-mana.
Oleh itu, saya cuba menziarah atuk setiap minggu.
bukan kerna melawat, tetapi mengharapkan semangat darinya.
Ketika itu, saya mendapat tempat di universiti yang seolah-olah membenci
kehadiran jemaah kampus.
Bagi yang mengenali, mungkin tak tertanya.
Tapi atuk merupakan pejuang dalam dunia jemaah Islam.
Ramai yang berpandangan, atuk makin senyap di hujung usia.
Hakikatnya, hanya Allah yang tahu.
Tak perlu rasanya saya mencoretkan di sini.
Bila melihat pergolakan politik antara Pas dan Umno.
Sedekah Al-Fatihah untuk arwah atuk sentiasa diingati untuk diberi.
Apa tak nya, sedih melihat apa yang terjadi sekarang.
Memori dengan atuk sentiasa terkenang.
ketika itu,saya baru nak mengenali politik Pas dan Umno
Ianya bermula bila saya sedang menonton tv.
Soalan diaju oleh saya " Atuk, mana yang baik ni atuk?Umno atau Pas?"
Walaupun merupakan mantan pemimpin atuk memberi jawapan yang tidak
berbelah bagi.
"Lina kena adili sendiri.Sekarang atuk boleh kata Pas. Tp nnti bila lina besar
atuk tak de, atuk tak tau apa dah jadi."
"Macam ne nk adili tu?"
"Tgk dasar parti tu. Apa yang dia perjuangkan. Kita nak apa yang paling penting dalam
hidup kita.Atuk dah ajar dah kan?"
" Ye..atuk kata apa-apa pun jadi Islam jangan dilupakan. "
Melihat keadaan Pas sekarang, saya dapat mengagak kenapa atuk dipanggil Ilahi terlebih
dahulu.Jika atuk masih ada, tentu nya tak senang duduk dia di rumah.
Mungkin di kala lain akan saya coretkan kenangan dan apa yang di ajar oleh arwah atuk.
Semoga Allah menempatkan atuk di kalangan orang beriman.
Al-fatihah disedekahkan untuk insan yang paling bermakna dalam hidupku.
Wsalam