Saturday, August 9, 2008
9 Ogos...
Pada tarikh yang sama tahun 2004 ,
saya telah kehilangan orang paling penting dalam hidup saya.
Datuk Dr Hj Abas Hj Alias...
Itulah arwah atuk saya.
Atuk saya meninggal ketika saya memerlukan sokongan darinya.
Terkenang lagi saat ketika hampir detik saya diuji Ilahi ketika itu.
Saya baru sebulan melangkah ke dunia ijazah sarjana muda.
Arwah atuk memang sudah agak uzur untuk ke mana-mana.
Oleh itu, saya cuba menziarah atuk setiap minggu.
bukan kerna melawat, tetapi mengharapkan semangat darinya.
Ketika itu, saya mendapat tempat di universiti yang seolah-olah membenci
kehadiran jemaah kampus.
Bagi yang mengenali, mungkin tak tertanya.
Tapi atuk merupakan pejuang dalam dunia jemaah Islam.
Ramai yang berpandangan, atuk makin senyap di hujung usia.
Hakikatnya, hanya Allah yang tahu.
Tak perlu rasanya saya mencoretkan di sini.
Bila melihat pergolakan politik antara Pas dan Umno.
Sedekah Al-Fatihah untuk arwah atuk sentiasa diingati untuk diberi.
Apa tak nya, sedih melihat apa yang terjadi sekarang.
Memori dengan atuk sentiasa terkenang.
ketika itu,saya baru nak mengenali politik Pas dan Umno
Ianya bermula bila saya sedang menonton tv.
Soalan diaju oleh saya " Atuk, mana yang baik ni atuk?Umno atau Pas?"
Walaupun merupakan mantan pemimpin atuk memberi jawapan yang tidak
berbelah bagi.
"Lina kena adili sendiri.Sekarang atuk boleh kata Pas. Tp nnti bila lina besar
atuk tak de, atuk tak tau apa dah jadi."
"Macam ne nk adili tu?"
"Tgk dasar parti tu. Apa yang dia perjuangkan. Kita nak apa yang paling penting dalam
hidup kita.Atuk dah ajar dah kan?"
" Ye..atuk kata apa-apa pun jadi Islam jangan dilupakan. "
Melihat keadaan Pas sekarang, saya dapat mengagak kenapa atuk dipanggil Ilahi terlebih
dahulu.Jika atuk masih ada, tentu nya tak senang duduk dia di rumah.
Mungkin di kala lain akan saya coretkan kenangan dan apa yang di ajar oleh arwah atuk.
Semoga Allah menempatkan atuk di kalangan orang beriman.
Al-fatihah disedekahkan untuk insan yang paling bermakna dalam hidupku.
Wsalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Post a Comment